Assalamualaikum wbh dan selamat sejahtera
Fakulti Pendidikan UTM amat bersyukur dan beruntung kerana dikurniakan pelbagai kemudahan. Antara kemudahan ini ialah mempunyai unit fotografi yang lengkap dengan stafnya iaitu sdr Fuad serta pelbagai kelengkapan terkini. Setakat ini, segala koleksi foto yang telah diambil oleh jurugambar fakulti ini tersimpan dengan baik di bilik unit fotografi ini. Namun ini menimbulkan sedikit masalah untuk mengakses setiap gambar ini.
Kini alhamdulillah JKKSFP telah bergerak setapak lagi dengan menambahkan kemudahan kepada semua warga FP untuk mengakses segala gambar yang telah di ambil oleh jurugambar kita iaitu sdr Fuad. Segala gambar akan secara berterusan dimasukkan kedalam web FLICKR di URL http://www.flickr.com/photos/keluargafp/ .
Melalui Laman Web JKKSFP ini, pengguna boleh mengakses laman web FLICKR ini melalui link ">> Gambar menarik warga FP" yang terletak di sebelah kanan atas di bawah tajuk "Pilihan anda!"
Kami berharap dengan kemudahan FLICKR ini, segala simpanan foto melibatkan segala aktiviti warga FP semenjak sekian lama yang berjumlah beribu-ribu dapat di akses dengan mudah dan seterusnya dapat di download dalam pelbagai saiz.
Setiap warga FP juga adalah amat dialu-alukan untuk mengemail saya segala bentuk foto yang menggambarkan segala aktiviti warga fakulti sebagai tatapan semua warga FP.
Sekian semoga kemudahan yang disediakan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
KITA BERSAMA
Sekian
Webmaster
p-muslim@utm.my / kangmasjb@hotmail.com