JAWATANKUASA KEBAJIKAN STAF FAKULTI PENDIDIKAN (JKKSFP) UTM


Image Hosted by ImageShack.us

Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera,


Selamat Datang ke Laman Web JKKSFP UTM.


Laman Web ini disediakan untuk memberi makumat tentang perkembangan terkini dan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam warga FP. Di samping menyebarluas maklumat untuk tatapan ahli dan pihak luar yang berminat, ianya juga diharap dapat menjadi medan perkongsian ilmu dan pendapat serta tali pengikat silaturrahim antara staf, ahli keluarga serta sesiapa sahaja yang melayari wadah informasi ini. Semoga sumber teknologi terkini ini mampu meningkatkan perpaduan ummah dengan gaya dan caranya yang tersendiri.


Mulai 29 Mei 2009 serentak dengan perlantikan AJK baru JKSFP, Laman Web rasmi JKSFP dilancarkan bagi memudahkan segala urusan berhubung kebajikan semua staf Fakulti Pendikan.

Semua staf FP adalah dialu-alukan untuk menulis sebarang reply di dalam laman web ini atau email kami di keluargafp@ymail.com.

Webmaster
(Muslim Jonid)
p-muslim@utm.my / kangmasjb@hotmail.com

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, October 27, 2009

HARI KELUARGA FP DI TANJUNG PUTERI GOLF RESORT

Assalamualaikum wbh kepada saudara seagama dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah dengan limpah rahmatNya dapatlah warga FP serta ahli keluarga berHARI KELUARGA di Tanjung Puteri Golf Resort pada 17 Oktober - 18 Oktober 2009. Saya selaku pengerusi Jawatankuasa Hari Keluarga FP 2009 mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada:
  1. Semua AJK pelaksana
  2. Dekan Fakulti Pendidikan
  3. Para penderma dari kalangan Profesor, pensyarah dan pihak tertentu
  4. Para peserta serta keluarga
  5. Semua yang terlibat
Kami mewakili jawatankuasa pelaksana juga mengambil kesempatan memohon ampun maaf diatas segala salah silap kami dalam menganjurkan majlis tersebut. Kami telah berusaha untuk memuaskan hati semua peserta namun kami sekadar merancang namun Allah yang menentukan.

Kami mengalu-alukan segala komen terutama sekali komen membina dari warga FP sekelian semoga dengan komen-komen ini kami dapat memperbaiki majlis yang sama pada tahun depan.

Bagi tatapan warga FP sekelian terutama sekali mereka yang menyertai program ini, gambar-gambar yang diambil oleh Fatin, Husna, Fuad dan PM Willy sewaktu program ini sedang di UPLOAD ke FLICKR. Silalah ke http://www.flickr.com/photos/keluarga-fp/ untuk menatap koleksi gambar yang telah dirakamkan.

Berikut adalah antara gambar yang telah dirakamkan:


Sekian

Muslim Jonid
Pengerusi
J/K sambutan Hari Keluarga FP 2009