JAWATANKUASA KEBAJIKAN STAF FAKULTI PENDIDIKAN (JKKSFP) UTM


Image Hosted by ImageShack.us

Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera,


Selamat Datang ke Laman Web JKKSFP UTM.


Laman Web ini disediakan untuk memberi makumat tentang perkembangan terkini dan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam warga FP. Di samping menyebarluas maklumat untuk tatapan ahli dan pihak luar yang berminat, ianya juga diharap dapat menjadi medan perkongsian ilmu dan pendapat serta tali pengikat silaturrahim antara staf, ahli keluarga serta sesiapa sahaja yang melayari wadah informasi ini. Semoga sumber teknologi terkini ini mampu meningkatkan perpaduan ummah dengan gaya dan caranya yang tersendiri.


Mulai 29 Mei 2009 serentak dengan perlantikan AJK baru JKSFP, Laman Web rasmi JKSFP dilancarkan bagi memudahkan segala urusan berhubung kebajikan semua staf Fakulti Pendikan.

Semua staf FP adalah dialu-alukan untuk menulis sebarang reply di dalam laman web ini atau email kami di keluargafp@ymail.com.

Webmaster
(Muslim Jonid)
p-muslim@utm.my / kangmasjb@hotmail.com

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, June 4, 2009

Assalamualaikum wr. wbt., dan Salam Sejahtera,


Kepada semua staf Fakulti Pendidikan (Ahli Kelab Keluarga FP) yang dihormati dan dikasihi,

Alhamdullillah, Mesyuarat Agong Kelab Keluarga Fakulti Pendidikan telah berjaya diadakan pada 29 Mei 2009 dan pemilihan Jawatankuasa Baru Kelab Keluarga (kini dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Staf FP - JKKSFP) telah berjaya dilaksanakan dan nama-nama adalah seperti yang telah dimaklumkan dalam email semalam.

Sehubungan dengan itu, saya selaku Bendahari JKKSFP ingin memaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Agong pada 29 Mei 2009 itu juga, ahli yang hadir telah bersetuju untuk membuat perubahan dalam kadar bayaran yuran ahli JKKSFP seperti berikut ;

KADAR BAYARAN YURAN AHLI JAWATANKUASA KEBAJIKAN STAF FAKULTI PENDIDIKAN BERKUATKUASA MULAI TAHUN 2010



BIL--JAWATAN----KADAR YURAN (2 KALI SETAHUN)
---------------------JANUARI ? JUN--JULAI - DISEMBER

1. PROFESOR----------------RM60------------RM60

2. PROF. MADYA------------RM40------------RM40

3. PENSYARAH KANAN/----RM30------------RM30

TIMBALAN PENDAFTAR

4. PENSYARAH/TUTOR/---RM20------------RM20

PENOLONG PENDAFTAR

5. STAF SOKONGAN--------RM15------------RM15


Saya bagi pihak JKKSFP ingin mengambil perhatian semua ahli supaya dapat kiranya melunaskan bayaran yuran tahunan bagi tahun 2009 kepada saya atau wakil-wakil jabatan sedia ada sekarang. Bayaran bagi tahun ini masih kekal seperti biasa iaitu seperti di bawah. Kepada semua staf yang ingin menyemak rekod bayaran yuran mereka pada tahun ini sila layari http://keluargafp.blogspot.com/. untuk mengetahui maklumat lanjut dan lain-lain maklumat mengenai aktitiviti JKKSFP. (terima kasih banyak2 kepada Tn. Hj. Muslim yang telah menyediakan blogspot untuk kita mendapatkan info JKKSFP dengan yang lebih mudah);

KADAR YURAN SEDIA ADA SEHINGGA AKHIR TAHUN 2009


1. PROFESOR RM80 setahun

2. PROF. MADYA RM50 setahun

3. PENSYARAH KANAN/TIMBALAN PENDAFTAR RM40 setahun

4. PENSYARAH/TUTOR/PENOLONG PENDAFTAR RM30 setahun

5. STAF SOKONGAN RM20 setahun


Sekian, harap maklum.

Terima kasih

Sarimah Hj. Satam
Bendahari JKKSFP

No comments:

Post a Comment