JAWATANKUASA KEBAJIKAN STAF FAKULTI PENDIDIKAN (JKKSFP) UTM


Image Hosted by ImageShack.us

Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera,


Selamat Datang ke Laman Web JKKSFP UTM.


Laman Web ini disediakan untuk memberi makumat tentang perkembangan terkini dan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam warga FP. Di samping menyebarluas maklumat untuk tatapan ahli dan pihak luar yang berminat, ianya juga diharap dapat menjadi medan perkongsian ilmu dan pendapat serta tali pengikat silaturrahim antara staf, ahli keluarga serta sesiapa sahaja yang melayari wadah informasi ini. Semoga sumber teknologi terkini ini mampu meningkatkan perpaduan ummah dengan gaya dan caranya yang tersendiri.


Mulai 29 Mei 2009 serentak dengan perlantikan AJK baru JKSFP, Laman Web rasmi JKSFP dilancarkan bagi memudahkan segala urusan berhubung kebajikan semua staf Fakulti Pendikan.

Semua staf FP adalah dialu-alukan untuk menulis sebarang reply di dalam laman web ini atau email kami di keluargafp@ymail.com.

Webmaster
(Muslim Jonid)
p-muslim@utm.my / kangmasjb@hotmail.com

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, June 12, 2009

Hari Keluarga FP 2009

Assalamualaikum wbh dan Selamat Sejahtera

Insya-Allah hari keluarga Fakulti Pendidikan bagi tahun ini secara tentatifnya akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2009 (Sabtu dan Ahad). Tarikh ini dipilih adalah kerana 17 Oktober Sabtu adalah merupakan hari cuti Deepavali dan tiada kelas SPACE kerana minggu tersebut adalah merupakan minggu ulangkaji semester I.

Kepada semua warga FP diminta mengambil perhatian dan dapatlah kiranya mengosongkan dua hari tersebut daripada sebarang aktiviti lain. Beramai-ramailah kita menyertai hari keluarga ini.

Insya-Allah Hari keluarga kali ini akan di adakan di Tanjung Putri Golf Resort dan "heavily subsidised". Boleh klik di sini untuk melihat gambar foto tempat penginapan serta tempat permainan sukaneka di Tanjung Puteri Golf Resort ini.

Cadangan Aktiviti Riadah Hari Keluarga Fakulti Pendidikan 2009

Aktiviti Telematch


• 6 aktiviti terpilih (akan ditentukan kelak - bergantung pada jumlah peserta) yang merangkumi aktiviti di padang/gelanggang dan kolam renang

• Aktiviti-aktiviti tersebut berkonsepkan kategori dewasa dan kanak-kanak, serta gabungan kedua-duanya

Aktiviti Tambahan (Optional)

1. Renang
• Pemakaian pakaian renang diwajibkan oleh pihak pengurusan hotel
• Seluar pendek dibenarkan untuk lelaki; pakaian renang muslimah bagi wanita dibenarkan
• Pemakaian baju-T tidak dibenarkan

2. Bowling (8 lorong)
• Perlu tempahan awal
• Perbelanjaan sendiri

3. Futsal
• Perlu tempahan awal

4. Tenis
• Raket & bola perlu dibawa sendiri

5. Snuker / Pool
• Perbelanjaan sendiri

6. Ruang permainan siber untuk kanak-kanak
• Perlu tempahan awal

7. Kemudahan internet kafe
• RM10.00 sejam

8. Aktiviti berkuda
• Perbelanjaan sendiri


Berikut adalah senarai ahli jawatan kuasa Hari Keluarga 2009.

AJK HARI KELUARGA & KUALITI 2009


Bil. -----Nama ------------Jawatankuasa

1. Tuan Hj. Muslim Jonid ---Pengerusi

2. Prof. Madya Aziz Nordin ---Timbalan Pengerusi

3. Puan Hanifah Ahmad ---Setiausaha

4. Puan Mariyana Zainal ---Penolong Setiausaha

5. Puan Sarimah Satam --- Bendahari

6 Puan Mulenawati Munawi ---Penolong Bendahari

7. Pn Norhaliza Mohd Jamal (Ketua) ---Pengangkutan/Cenderahati
Puan Mulenawati Munawi
Puan Masitah Saihoni

8. Puan Sarimah Satam (Ketua) ---Pendaftaran
Cik Fazilah Abu Bakar
Cik Norazliza Juraimi
Cik Nor Raubiah Musa

9. Encik Zainal Abidin Tukiman (Ketua) ---Atucara Program/Seranta
Encik Jamaludin Ramli
Puan Khairatun Nisa Bachok
Puan Fauziah Abdul Patah
Cik Azura Baharuddin

10. Encik Syahrul Ridhwan Morazuki (Ketua) ---Sukan & Pertandingan
Encik Mohd Khairul Nizam Chollik
Encik Mahyuddin Arsat
Encik Faridz AlwiMohd Bakri
Cik Hamidah Mat Arif
Puan Roziah Tamin

11. Tuan Haji Muslim Jonid (Ketua) ---Penginapan
Prof. Madya Aziz Nordin
Puan Hanifah Ahmad
Puan Mariyana Zainal

12. Dr. Nooraini Othman (Ketua) ---Makanan
Encik Mohd Ali Ibrahim
Encik Ros Iskandar Zulkarnain Mansor
Puan Ainon Mazanah Hj. Salleh

13. Encik Shamsulrizal Abdul Shukor (Ketua) --- Peralatan
Encik Ali Jawahir
Encik Mohd Ali Amran Othman
Encik Mohd Kamal Mahmud

Muslim Jonid

3 comments:

  1. Askum,

    Menarik jugak lokasi hari keluarga kali ni. Boleh saya tahu berpa byaran yang akan dikenakan?

    ReplyDelete
  2. setuju dengan asha tak sabar nak pergi... semoga bolehlah pergi dan ada kelapangan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh Asha dan PM Zaidatun

    Sebelum hari ini saya belum boleh release lagi kadar bayaran kerana belum diluluskan oleh berbahagia Dekan. Alhamdulillah pukul 4 ptg 25 Jun tadi telah dipersetujui setelah beberapa kali dibuat pindaan.

    Dekanlah yang menggalakkan agar kadar bayaran tidak membebankan warga FP terutama sekali staf sokongan dapat menyertainya tanpa membebankan. Alhamdulillah dan terima kasih Dekan.

    Kini kadar bayaran telah direleased dan silalah semak kadar bayaran tersebut.

    Sekian terima kasih.

    Muslim Jonid

    ReplyDelete